HAN1S? NILAM? Apa tu?
HAN1S ialah Hari Nilam Selangor dan NILAM ialah Nadi Ilmu Amalan Membaca. HAN1S dan NILAM merupakan program yang bertujuan memupuk amalan membaca. Pembudayaan amalan membaca ini dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat memangkin kemajuan bangsa dan negara.
Program NILAM SMK Desa Serdang 2022 mendapat nafas baru pada tahun ini kerana murid boleh merekodkan sendiri aktiviti bacaan mereka bila-bila masa sahaja. Semua boleh dicapai dengan satu klik di laman sesawang rasmi PSS. Klik sini
PSS akan menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan NILAM sepanjang tahun supaya dapat membantu warga sekolah meningkatkan amalan membaca mereka. Sasaran PSS pada tahun ini adalah untuk membantu semua murid SMK Desa Serdang mencapai minima 40 bahan bacaan direkodkan dalam sistem e-NILAM SMKDS. Adakah anda mampu mencapainya? Warga SMKDS PASTI BOLEH!
Comments