
SMK Desa Serdang
Pusat Sumber ini merupakan tulang belakang kepada perkembangan pendidikan SMK Desa Serdang dengan menawarkan pelbagai sumber, koleksi buku dan perkhidmatan berkaitan dalam meningkatkan ilmu warga sekolah.
​
Diterajui oleh barisan pentadbir yang berwibawa, pasukan kerja Pusat Sumber Sekolah SMK Desa Serdang dipandu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan relevan untuk semua
Sejarah sekolah
SMK Desa Serdang beralamat di Jalan Desa Serdang 10,Taman Desa Serdang, Selangor. Selangor ini dibina di atas tanah seluas 24,688 meter persegi. Terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan DUN Seri Kembangan kawasan Parlimen Serdang.
​
Sekolah ini mula beroperasi pada 02 Januari 2012. Jumlah murid pada masa itu ialah seramai 250 orang dan 25 orang guru iaitu 6 lelaki dan 19 perempuan. Staf sokongan pula seramai 4 orang. Manakala bilangan kelas ialah sebanyak 8 buah iaitu 2 kelas Peralihan, 4 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2.
​
Pada tahun 2016, bilangan murid ialah seramai 958 orang, 58 orang guru dan 8 orang Kumpulan Anggota Pelaksana. Manakala bilangan kelas ialah sebanyak 28 buah kelas iaitu Peralihan dan tingkatan 1 hingga 5. Peperiksaan PMR bermula pada tahun 2013 dan diikuti PT3 pada tahun 2014. Manakala peperiksaan SPM bermula pada tahun 2014.
​
Kini, pada tahun 2025, SMK Desa Serdang mempunyai 41 kelas dari Peralihan hingga ke tingkatan 5 dan enrolmen murid ialah 1179 orang murid.
Barisan Pentadbir Sekolah

Puan Hazalina binti Suratman
Pengetua

Puan Hani Azlina binti Kastolani
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Wan Hasliza bt Wan Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Mahnun binti Mohamad Saim
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Puan Khairul Bariah binti Md Johri
Penolong Kanan Petang

